Followers

Birthday Treat ke Perth (Day 1)

Thursday, March 31, 2016
Here the details about this trip to perth on 23 – 26 March 2016

I pergi cuma 4 Hari (3 hari jalan 1 hari balik) dan cover area yang termampu dalam masa tu. Tak pergi jauh sebab ada infant and child. 

Tiket flight i beli early february. Memang last minute so tiket i kira mahal. 

Pergi airasia : rm352 include beg 20kg and insurance 
Balik malindo : rm752 include beg 30kg, insurance and meal

Currency masa tu 1 aud = rm3.20
Bulan March adalah musim luruh so suhu lebih kurang 27-30̊ C. Kena bawa standby jacket or sweater sebab kadang-kadang angin dia kuat dan memang sejuk sampai ke tulang. Tapi kalau panas, panas macam dekat malaysia juga. So still kena pakai sunblock.

23 march :
Flight pergi dari KL kul12.05am. Disebabkan takde ambil meal ke apa, naik je flight, terus get ready nak tidur. Hahaha. Tapi tengah-tengah tidur, tiba-tiba FA kejut. Kena la soal macam-macam dalam mamai-mamai tu. Ramai plak FA datang tempat. Rupanya diorang nak buat suprise birthday! Hahaaha. Kakak i yang request rupanya. So ada la kek. FA suruh potong apa semua. Nyanyi-nyanyi takde la sebab orang lain tengah tidur. Merasala sambut birthday dalam flight beribu kaki dari paras laut. Bukan semua orang boleh rasa. Alhamdulillah. Oh, birthday i 23 March. Memang hari i berlepas ke Perth.





Sampai airport 530am. Tunggu beg apa semua. Sambil tu jangan lupa ambil pamplet  hello perth. Dalam tu ada discount yg maybe uols boleh guna.Lepas tu beratur dekat immigration, check passport visa. Lepas tu pergi plak dekat bahagian kastam. Dekat part ni kalau uols ada bawa makanan ke ubat ke, please bagitahu ada dan sediakan list siap-siap. Kalau tak memang kene buang dan kena denda. Kalau uols dah siapkan list, just tunjuk je list tu. Nanti dia bawa anjing dia, pusing keliling beg dan kita. Anjing tu tak sentuh kita pun. Jangan risau. Dah settle semua, keluar dari dari kastam, pergi shower room, mandi dan siap-siap untuk trip day 1. Shower room sangat selesa. Ada 3. Lokasi dia berdekatan dengan lift untuk depart. Dekat dengan washroom juga.
Dari airport ambil taxi ke tempat sewa kereta. Kami sewa kereta dengan Bayswater. Sewa kereta untuk sehari je sebab nak pergi caversham Wildlife park and sekitarnya. 

Taxi : $35

Tempat kami sewa kereta. Bayswater car rental. Booking online
Car rental : $90 perday include car seat for infant, gps and cover insurance. Insurance wajib ambil. So kalau jadi pape dekat kereta, ada insurance cover. For those yang sewa tanpa car seat harga lebih murah. Tapi harga ni untuk perjalanan 100km sahaja. More than that harga lain. Ada bond untuk kereta dan tolak guna card credit but after return the car in good condition, akan dpt balik bond tu. Mostly company memang ada bond and need to use card credit. 

Caversham wildlife park
Entrance fee : $27 adult. 

Bayaran masuk ke Caversham Wildlife Park
Buka 9am. Pergi awal. Nanti lepas bayar dia bagi maps. 1st feeding kanggaroo. Kalau awal pagi, kanggaroo lapar so lebih mudah dia nak ikut kita. Farm show start 10am. Tengok macam mana diorang ketam bulu sheep, bagi anak kambing minum susu and perah susu lembu. Waktu lain show ni 1pm and 3pm. Lepas farm show terus pergi tunggu untuk meet a wombat and friends. Show dia 11am, 2pm and 345pm. Habis wombat and friends terus ke koala. Dia memang tidur je tapi kalau dapat tengok dia celik mata and bergerak tu memang nasib baik la. I dapat tengok! 

Pintu masuk 







Habis dekat caversham i terus ke the margaret river chocolate. Boleh test dark choc, choc and white choc for free! Chocholate memang sangat banyak but some of it ada alcohol. So please read before buy it. 

Dekat depan The Margaret River Chocolate Co



Yang ini untuk tester. Ambil la berapa banyak nak ambil pun janji jangan membazir.
Then i ke yahava koffee (memang ejaan macam tu). Kat sini pun boleh test macam-macam coffee for free. Jangan lupa test iced coffee dalam botol masa dekat kaunter testing tu. I ada beli iced coffee tapi kena rampas sebab i sendiri bodoh pergi hand carry. Hahaha. Sebab dia kaca so takut pecah sebenarnya. Tapi dia 375ml so tak lepas hand carry. View dekat sini pun cantik. Nanti refer gambar.









Then ke Mondo Nougat Factory. Sini takde tester tapi boleh beli nougat. Memang dekat langkawi pun ada jual tapi ada yang tak sama dekat langkawi. So boleh shopping sini. Better beli sini sebab kalau pergi kedai souvenior or kedai dekat town lagi mahal. Beza banyak!

Kereta ni dekat dalam Mondo Nougat Factory
Lepas habis semua ni, i balik ke Perth CBD. Pergi watertown outlet. Shopping mall ni macam JPO. Sini cotton on sangat murah. I is menyesal tak beli. Sport shoe pun murah. Timberlands serendah $129. Dr martens serendah $49. Air max nike serendah $79. Jam fossil $199 dan ke bawah. Cermin mata oakley pun murah. Sini pun ada kedai ispa kebab which is halal. Penat shopping boleh makan. 

Then pulangkan kereta balik at 5pm. Lepas tu ambil taxi ke 305 murray st (mantra on murray). I stay dekat situ. Paling strategik sebab memang dilaluan mall dan sangat dekat dengan train. Jalan kaki 5min. Murray st ni memang terkenal untuk shppping. Pandora pun dekat jalan ni. Beza pandora sini dengan malaysia antara rm50-rm100. 

Taxi to homestay : $25


Homestay : $155 per night. Ada 1 katil queen and 1 euro bed size queen. Toilet 1. Ada ruang tamu bersofa. Ada mesin basuh and dryer. Ada dapur siap oven periuk nasi periuk masak pinggan mangkuk semua lengkap. Owner dia malaysian. So barang masak semua bersih halal tak perlu samak. 



Ni la bangunan Mantra on Murray. Homestay kami. Jalan kaki 5 minit ke train station Perth Underground. Depan ni juga ada bustop untuk RED CAT bus.

Malam tu jalan kaki ke kedai berdekatan, beli barang makanan sikit and barang nak masak sikit. Harga dekat sini memang murah kalau gaji sini. Contoh telur 12 biji harga $3.50. Dekat Malaysia dapat ke harga telur 12 biji RM3.50? Tak dapatttt. Hahaha

Okay, hari kedua kita sambung next entry.


0 maklumbalas: