Followers

Trip ke Perth (Day 2)

Tuesday, April 05, 2016
Entry Day 1 dah cerita pasal homestay dekat Murrat St. So dari homestay jalan kaki around 5 minit ke perth underground station. Memang la sangat dekat. Ambil train ke rockingham (mandurah line platform 2). 


Gambar dari Internet sebab lupa nak snap haritu.
Tiket train : $7.90 sehala boleh guna untuk 2 jam. Boleh juga beli day rider $12.10 yang mana boleh guna dari 9am sampai malam. Tiket tu boleh guna untuk naik train, bus and ferry under transperth. Bagi family plak boleh guna family rider (2 dewasa 2 kanak-kanak) berharga $12.10 juga. 

Perth underground to rockingham station lebih kurang 45 min. Keluar je rockingham station, seberang jalan belok ke kanan terus cari bustop no 9 untuk naik bus transperth 551 ke rockingham park. Tiket tadi boleh guna untuk naik bus ni. Bus 20 min. Berhenti dekat penguin rd before watts rd (stop no 21263). Turun jalan terus ke arah laut sampai jumpa Pengos cafe. Sebelah tu kaunter tiket. 



Minum dekat Pengos Cafe sambil tunggu waktu check in ferry



Kami ambil package Glass bottom boat cruise. Cruise ni 45 min. Ada 3 package sebenarnya di Rockingham ni. Satu untuk ke Penguin Island sahaja, kedua Glass Bottom Boat Cruise dan ketiga Dolphin, Sea Lion and Penguin Cruise. Boleh tengok dekat website dia. Check in ferry 1015am. 

Glass bottom boat cruise : $38.50. 




Jetty untuk tunggu cruise
Glas bottom boat cruise ni adalah package untuk tengok sea lion dan penguin sahaja. Kalau bernasib baik, otw masa nak tengok sea lion dan ke penguin island tu, boleh jumpa dolphin. I dapat jumpa! Yeay! Boatman pun baik hati sangat. Siap berhenti around 10 min macam tu nak bagi dolphin datang dekat. Lepas dapat tengok dolphin, sambung tengok sea lion dan bermacam burung. Lalu juga batu yang berbentuk unta. Lepas habis semua tu dia akan drop dekat penguin island. Boleh lunch sini and tengok penguin feeding show. Show 12.30pm. Takde cafe dekat sini so kena bawa makanan sendiri. I bawa makanan yg masak dari homestay. 




Seal lion tengah bergolek-golek tidur. 
Tula baru yang bentuk unta

Penguin Island

Ferry balik ke darat ada untuk 1.10pm, 3pm and last boat 4pm. I ambil 110pm. 

Sampai je dekat jetty rockingham, naik bus balik then naik train ke elizabeth quay. Kalau pakai day rider ticket tak payah beli ticket baru. Kalau pakai ticket sehala, boleh beli dekat dalam bus ni. Harga sama $7.90 untuk bus dan train ke Perth CBD.


Ni timetable bus 551 dari Rockingham Jetty ke Rockingham Station
Disebabkan nak pergi elizabeth quay, kings park dan bell tower, naik train turun dekat elizabeth quay station. Keluar je dari elizabeth quay station belok kanan seberang jalan. Situ ada elizabeth quay yg baru buka this year,bell tower, and barrack jetty yang kalau nak naik ferry (guna dayrider ticket yg sama). Kalau nak pergi freemantle naik cruise pun dekat sini. Tapi kena beli tiket lain. 

Ni keluar je station elizabteh quay, belok kanan, seberang jalan, akan nampak tiang ada maps ni
Yang tinggi hijau tu la bell tower
Jambatan dekat elizabeth quay
Bandar perth dari elizabeth quay

Lepas elizabeth quay, patah balik ke train station tadi, sebelah tu ada bus station. Naik green cat bus (free) untuk ke kings park. Ambil maps cat bus ni dekat sebelah driver. Berhenti dekat havelock st (stop no 5). Then jalan la ke dalam kings park tu. Petang-petang redup dan ramai orang picnic santai-santai. Cari la pokok boabab tree yg katanya sangat tua dan berpindah randah. 


Pokok semua jenis besar-besar


Pokok Dragon

Nampak perth CBD sikit dan elizabeth quay dari atas kings park

Balik ke murray st naik green cat bus tadi. Stop dekat ord st (no 6) then ambil red cat bus dekat ord st (no 19) then balik ke murray. Depends mana uols stay. So mesti ada maps cat bus tu supaya tahu nak naik bus apa. 
Ni maps boleh jumpa dekat depan Perth Underground Station.

Ni la London Court. Takde plak gambar sepanjang jalan





Tamat day 2.

0 maklumbalas: