Followers

Trip ke Perth (Day 3)

Wednesday, April 06, 2016
Macam biasa, pagi-pagi masak dulu dekat homestay buat bekal. Dah siap semua, jalan kaki ke perth underground macam day 2. Then dari perth underground tu lepas beli tiket, jalan ke Perth Station. Jangan confuse okay. Memang ada perth underground station dan perth station. Ambil train ke fremantle st (fremantle line). 

Tiket sehala : $4.50 atau boleh pilih day rider/faimly rider.

Fremantle st ni station akhir. 45min perjalanan macam tu. Sampai je, keluar station belok kanan, jalan sikit then ada laluan kecil, lalu jalan tu (lalu atas landasan train). Jalan terus dan jumpa Eshed market. Buka friday - sunday. Public holiday pun buka. Boleh beli souvenior dekat sini. Cari kedai megabes. Owner dia singaporean. Sebelah kedai dia owner indonesian. Dedua kedai ni jual hampir barang yang sama tapi harga beza. Ada sini murah sana mahal dan sebaliknya. Pandai-pandai la ye. Baju ape semua murah. 

Itula E-Shed Market
Lepas shopping, lalu balik jalan tadi. Pergi bustop blue cat bus. Ambil bus ke fishing boat harbour. Masa i pergi tu good friday which is public holiday. So bus takde. So penat gak jalan ke fishing boat harbour. Dekat sini boleh makan fish n chip. Super sedap! Boleh pilih nak kaili's or cicerello's. I pilih kaili's. Kalau nak makan churros boleh pergi san churro dekat fremantle market. Kena ambil blue cat bus juga. Tapi i tak pergi sebab malas jalan. Sebelah harbour ni ada WA maritime museum. Boleh masuk kalau minat. I pergi tutup. Ni susah kalau pergi waktu public holiday. I plak tak perasan. Huhu

Seafood Platter. $49.90
Kaili's
Ada orang datang makan naik boat kecil uols. Kelas sangat!
WA Maritime Museum

 Dah habis shopping makan semua, ambil balik train balik ke Perth Station. Disebabkan public holiday, ramai la orang duduk-duduk ambil angin dekat area murray st tu. Shopping mall semua tutup bila public holiday. So diorang just biarkan anak-anak main-main sambil diorang duduk minum coffee. Oh, kedai makan tetap buka walaupun public holiday.



So disebabkan kedai and shopping mall semua tutup, i pun cuba la nasib ke Chemist Warehouse. Kot-kot buka. Sekali buka! Alhamdulillah. Sempat la shopping perfume, chia seed dan make up sikit. Harga murah compare tu Malaysia. Sebab tu chia seed pun beli dekat sini. Gigih sangat!

Untuk semua perfumes ni, total $220 aje!
Chia Seed. 500g $10


Balik homestay jalan kaki, kemas homestay, kemas beg semua. Tidur awal sebab esok flight awal pagi.

Flight balik 7am. So sebabkan awal pagi, ktorang minta En. Sani (Malaysian yang kerja uber car dekat sana) untuk hantar ke airport. Harga $50. Merasala naik porsche uols! Terkejut dia datang dengan pekerja dia naik itu. Kat Malaysia tak rasa la airport transfer guna kereta porsche yang besar tu.

Okay. Habis dah. Panjang lebar sangat. Haha. Kalau ada nak tanya, boleh tanya. Boleh refer gambar juga. Nanti i buat entry kos semuanya okay.


0 maklumbalas: